Monday 20 April 2009

Ikan Merah Masak Lemak Asam Belimbing

Memandangkan ader yang merungut saya tulis resipi dalam bahasa Inggeris maka saya tulis resipi masakan ini dalam bahasa Melayu heheheh...

Bahan-bahan:

Ikan merah sekeping (kalau kecik guna 2 keping la)
Asam belimbing segenggam
Daun Kunyit sehelai
Beberapa biji cili padi (terpulang pada tahap kepedasan masing-masing), biasanye saya gunakan cili hijau atau merah sahaja.
Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup ditumbuk halus
3 sudu besar santan pekat (santan kotak pun sedap)
Satu cawan air (cukup untuk menutupi ikan merah dalam periuk)
Sedikit perasa; garam dan gula.

Cara masakan:

Cuci bersih ikan merah, gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu goreng sehingga masak dan garing. Saya gemarkan cara masakan begini kerana khuatir ikan akan hancur sekiranyer terlalu lama dimasak didalam kuah lemak itu nanti.

Didihkan air sehingga betul-betul mendidih, masukkan santan dan serbuk kunyit dan tunggu beberapa minit. Masukkan cili padi atau cili merah (terpulang pada individu) dan daun kunyit. Didihkan lagi, akhir sekali masukkan ikan yang telah di goreng tadi. Hidang semasa masih hangat.


No comments:

Post a Comment