Tuesday 30 March 2010

Kacang Panjang Goreng Sambal Bertelur





Bahan:

Kacang panjang ½ kilo atau ikut kesukaan lah..
2 sudu besar Ikan bilis yang telah siap digoreng garing
sebiji telor
2 sudu besar cili boh ( kalau suka pedas boleh tambah lagi)
1/2 sudu besar bawang putih blend
½ sudu besar bawang merah blend

tumis bahan kisar tadi sehingga garing dan masukkan sayur kacang. Goring sehingga sayur separuh masak dan ketepikan (masih dlaam kuali yang sama) kemudian pecah kan telor sebiji tadi, gaul sehingga telur separuh masak kemudian gaulkan sekali dengan sayur yang diketepikan tadi. Setelah gaul rata masukkan ikan bilis, gaulkan dan tutup api terus dihidang kan semasa masih panas.

Ps: perasakan dengan garam dan gula jika suka tetapi hati2 kerana ikan bilis adalah sedikit masin.

No comments:

Post a Comment