Tuesday 12 April 2011

Macam Maner Nak Pilih Cili Kering

Satu lagi petua I nak bagi kat sini ialah bagaimana memilih cili untuk dikisar dan digunakan dalam masakan seharian. Cili kering ni ader banyak jenis, Ader yang sederhana pedas, sangat pedas atau ader juga yang tak pedas langsung. Oleh itu ketika memilih tu harus lah mengikut cita rasa sendiri.

 picture is from source of Google

Bagi contoh cili diatas ini ialah jenis yang pedas! Warnanya merah menyala, Lurus dan tidak bertangkai. Kalau diikutkan pengalaman I memasak jenis ini adalah jenis yang paling pedas. So watch out!! Cili jenis ini mudah didapati di pasaraya terkenal dan besar seperti Giant dan Tesco.
picture is from source of Google

Untuk contoh diatas ini pulak dikatakan jenis yang kurang pedas. Rupanya berkedut dan kecut, merah gelap sikit dan pendek-pendek biasanya. Jenis yang ni pada I kurang pedas. Cili ini boleh didapati dipasaraya besar seperti Tesco dan Giant juga dipasar-pasar siang atau malam. Tetapi sejak I menjalani rawatan kimoterapi, I memang dah tak boleh nak makan makanan yang pedas-pedas walau pun sedikit. Biasalah, tekak Melayu ni mesti nak lauk bersambal kan? Kalau tak pakai cili kisar nanti tak sedap pulak. Sehinggalah suatu hari mak I terjumpa jenis cili kering yang tak pedas langsung ini.


picture is from source of Google

Ini lah contoh cili yang langsung tak pedas pada tekak I lah. Senang nak diguna buat sambal sebab kalau I buat sambal I suka guna banyak cili supaya dapat lebih kuah sambal tapi kalau cili kisar tu pedas sangat nanti tak tahan pulak pedas kan? jadi I rasa cili ni lah yang terbaik for me and my family. Cili ini menurut dari mak I berasal dari Terengganu, tetapi masih boleh didapati disesetengah pasaraya seperti pasaraya NSK dan beberapa buah kedai borong barangan kering dikawasan selayang dan gombak.

Cara membuat cili kisar:

Potong dan hiris cili kering nipis-nipis dibuang bijinya sekali. Cuci sehingga air rendaman cili menjadi jernih dan rebus sehingga cili menjadi lembut. Tapis dan cuci lagi sehingga air menjadi jernih lagi dan masukkan kedalam blender. Masukkan separa penuh air masak, seulas bawang putih, satu sudu besar minyak masak, sedikit garam dan cuka(kalau suka lah dan mahu tahan lebih lama). Kisar sehingga hancur dan menjadi pes yang sempurna. simpan didalam peti sejuk untuk digunakan pada bila-bila masa. Biasanya I akan buat cili kisar ni untuk simpanan dalam seminggu dua supaya senang untuk memasak. Selain daripada cili kisar I juga buat bawang putih kisar, bawang merah kisar. Untuk topic itu I akan letak di posting yang berlainan..


6 comments:

  1. Baru tahu jenis2 cili kering. Hehe tq.

    ReplyDelete
  2. Baru tahu jenis2 cili kering. Hehe tq.

    ReplyDelete
  3. yg atas sekali tu..mmg pedas kaw2..tp sy suka sgt2..biasela..jawa johor..tekak nk pedas jek

    ReplyDelete
  4. Cili ni ade banyak jenis.. Dulu saya suka yg pedas tu skang ni ada anak kecik selalu pakai yg tak pedas la

    ReplyDelete
  5. Biasa sy jumpa pic no 2 tu..kerinting...tp pedasassnyerr laaaa....dh buh gula pn terasa pedasnyeee.....

    ReplyDelete
  6. Biasa sy jumpa pic no 2 tu..kerinting...tp pedasassnyerr laaaa....dh buh gula pn terasa pedasnyeee.....

    ReplyDelete